Ekspres Sinaran

Ekspres Sinaran merupakan nama kereta api KTM Antarabandar yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu, berjalan dari Butterworth ke Sentral Kuala Lumpur, arah utara ke selatan. Nombor kod bagi kereta api dari utara ke selatan ialah 3, manakala nombor kod bagi kereta api dari selatan ke utara ialah 4. Terdapat dua kelas disediakan, iaitu Kelas Kedua Berhawa Dingin (Bahasa Inggeris: Aircond Second Class, ASC) dan Kelas Ekonomi Berhawa Dingin (Bahasa Inggeris: Aircond Economy Class, AEC). Perkhidmatan kereta api ini hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.